Monday, July 31, 2006

kawan saya kawannya

kawan saya dan kawannya baru sahaja selesai menghisap ganja mereka di rumah kawan saya.kawan saya dan kawannya turun dari pangsapuri menuju ke kedai mamak berhampiran.kawan saya dan kawannya agak lemau dan kelihatan terhuyung hayang ketika berjalan.langkah diatur dengan teliti agar tidak tersungkur di bahu jalan.apabila tiba di simpang,kawan saya mempercepatkan langkah sambil berlari anak melintas jalan.namum kawannya kelihatan agak tenang ketika melakukan lintasan.tiba-tiba kelihatan sebuah pajero yang tidak begitu laju datang ke arah kawannya.suasana menajadi panik.pajero itu berhenti.kawannya dengan terhuyung hayang terus melanggar cermin depan pajero itu lalu pengsan.kawannya dibawa ke klinik untuk rawatan.kecederaan tidak serius langsung.kawan saya terus naik ke rumah dengan perasaan malu tanpa mempedulikan kawannya itu.kata pemandu pajero itu,seorang kontraktor cina menyangkal habis-habisan, "saya tak langgar dia,dia yang langgar saya!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home